Thursday, 14 November 2013

Panduan Menanam Tebu


TANAMAN TEBU KUNING

Deskripsi Tanaman
Sejenis tanaman yang ditanam untuk mendapatkan airnya sebagai minuman dan untuk dibuat gula.  Batang tebu berbentuk selindar memanjang 1.8 - 3.0 m dan mempunyai ruas berukuran 5-10 cm.  Setiap ruas terdapat matatunas.  Daun tebu berbentuk tirus memanjang, berbulu halus pada kedua belah permukaan.  Tebu ditanam sebagai tanaman tunggal atau selingan.
Iklim dan Tanah

Tebu kuning adalah sensitif kepada jenis tanah, kemarau dan foto period.  Ia memerlukan cahaya matahari yang banyak dan hujan sebanyak 1500 mm.  Dengan adanya kemarau atau desakan yang lain, pokok tebu akan terbantut.  Tanah yang rata (0o-6o) serta mempunyai saliran yang baik adalah diperlukan untuk menjamin pertumbuhan yang sempurna.  Daerah Manjung, Larut Matang dan Selama serta Kerian adalah sesuai bagi tanaman tebu.

Penyediaan Tanah

Dua pusingan bajak piring sedalam 20 cm diikuti dengan satu pusingan bajak putar akan menentukan pertumbuhan pokok yang baik.  Alur bagi penanaman keratan tebu juga perlu disediakan.

Menanam

Tebu dibiak dari keratan yang sihat berumur 7-9 bulan.  Ukuran keratan 20 cm dan mempunyai 3 matatunas, keratan tidak boleh disimpan melebihi 3 hari.  Keperluan bahan tanaman ialah 2800 batang (berukuran 1.5m) atau 17000 keratan sehektar.  Keratan tebu perlu dirawat sebelum menanam dengan mencelupkan keratan ke dalam campuran Dielrin dan Benomyl.  Jarak tanaman yang disyorkan ialah 2m antara baris dan 0.3 m antara pokok dalam sebaris.  Keratan-keratan tebu ditanam di dalam alur yang telah disediakan.

Pembajaan

Baja yang disyorkan adalah seperti berikut:-


Bilangan / Berat Biji Benih Diperlukan
Jenis Baja
Masa
Amaun / Hektar
NPK 15:15:15
NPK 15:15:15
Urea
NPK 15:15:15
Semasa menanam
Umur 3 bulan
Umur 3 bulan
Umur 5 bulan
250 kg
250 kg
125 kg
300 kg
Jumlah Keseluruhan
Urea
NPK 15:15:15
125 kg
800 kg

Tebu akan mengeluarkan hasil sebanyak 3 kali.  Bagi kali kedua dan ketiga, baja NPK 15:15:15 sebanyak 800 kg dan urea sebanyak 125 kg. digunakan.
Kawalan Rumpai
Rumpai perlu dikawal sehingga pokok tebu berumur 6 bulan.  Racun pracambah, Atrazine pada kadar 4 liter / hektar digunakan sebaik sahaja keratan tebu ditanam.  Rumpai yang tumbuh kemudiannya boleh dikawal dengan paraquat ataupun secara manual.
Penyelenggaraan Rumpun
Pangkal pokok perlu ditimbus dengan tanah semasa pokok berumur 3-5 bulan.  Sekiranya pokok itu rebah, kayu penyokong perlu dipasang.  Daun-daun kering dibuang apabila berumur 5 bulan.
Kawalan Serangga / Penyakit
·         Pengorek Batang 
Sembur racun Endosulfan (Thiodan).  Bakar batang-batang tebu yang telah diserang.
 
·         Bulir Hitam
Rendam benih tebu dalam air panas 50
o bercampur racun Benomyl (Benlate) selama 2 jam.  Musnahkan pokok-pokok berpenyakit.
 
Memungut Hasil
Tebu dipungut hasilnya antara 8-9 bulan selepas menanam dan sebanyak 3 kali dalam masa 2 tahun.  Hasil yang dijangka ialah 30,000 batang pada kali pertama dan 25,000 batang pada kali kedua dan 20,000 batang pada kali ketiga.

1 comment:

  1. Apakah Anda mencari pinjaman? Setelah proses wawancara yang panjang dengan pemberi pinjaman hipotek, kami akhirnya memilih penawaran pinjaman Tn. Pedro Jerome di penawaran pinjaman Hipotek Rumahnya. Sebagai pembeli rumah pertama kali, dia benar-benar hebat dalam membantu kami mengamankan hipotek, memberikan saran yang bagus, dan selalu mengutamakan kepentingan terbaik kami. Saya pasti akan merekomendasikan siapa pun yang membeli rumah atau mencari pemberi pinjaman positif untuk membiayai kebutuhan atau bisnisnya untuk menggunakan Tn. Pedro Jerome dan timnya untuk semua jenis pinjaman. Saya pasti akan menggunakan mereka lagi di masa mendatang. Anda dapat menghubungi petugas pinjaman Pedro Jerome melalui Email: pedroloanss@gmail.com / WhatsApp +393510140339 Saya mengetahui bahwa mereka juga menawarkan pinjaman bisnis. Semoga berhasil.

    ReplyDelete