KALKULATOR TUKARAN UNIT : http://www.ptgwp.gov.my/pg_kalkulator.htm
Wednesday, 27 November 2013
Kalkulator Pertukaran Unit...+++
Sekarang ni dah mudah... semua di hujung jari. Kalau sesiapa yang ada yang terkira nak tukarkan dari satu unit ke unit lain, senang je.... klik je link yang kat bawah nie yer...
Monday, 25 November 2013
Manis nyer rasa tebu ni.... RAHSIANYA?
Ada yang berpendapat, untuk dapatkan rasa tebu yang manis dan berkualiti, sebenarnya ada petuanya....
PETUA 1
Tanaman harus menerima cahaya matahari secukupnya. Pastikan terlebih dahulu barisan tebu yang nak ditanam tu menghadap matahari naik dan menerima cahaya matahari secukupnya waktu petang. Tebu yang menerima cahaya matahari yang secukupnya batangnya akan bewarna kekuningan dan inilah tebu yang mempunyai rasa yang manis...
PETUA 2
Jarak antara tanaman pun mainkan peranan. Jarak yang disyorkan adalah 10 kaki antara lorong.
Luas tanah seekar adalah 43560.... andai kata jarak antara tanaman 2 kaki dan jarak antara lorong 10 kaki, bermaksud kita perlukan 2178 pokok dan begitulah seterusnya jika jarak yang berlainan diambil

Monday, 18 November 2013
Perjalanan Diteruskan...
Hari aku mulakan perjalanan ke Benut, Pontian untuk bertemu salah seorang pengusaha tebu berjaya. Dengan pengalaman yang beliau ada, beliau memberikan pendapat beliau sendiri mengenai proses menanam tebu.
Kebiasaannya, kita menanam tebu dengan membuat lorong atau longkang sedalam sekaki setengah. Tapi menurutnya, berdasarkan pengalaman beliau, adalah lebih baik jika untuk menanam tebu ini kita membuat lubang sedalam sekaki setengah dengan jarak lebih kurang dua kaki. Ini bertujuan untuk mempastikan tebu yang ditanam berdiri teguh dan tidak tumbang di kemudian hari.
Bila diperhatikan, dengan membuat lubang, pertumbuhan tebu itu lebih kemas jika dibandingkan dengan menanam dalam satu alur lubang panjang.
**** sorry sb aku tak dapat nak tunjukkan gambar, sb tah ape sb tak blh nak upload gambar..
### semakin membakar semangatku.... hahaha...
### semakin membakar semangatku.... hahaha...
Pertemuan Empat Mata
Lepas selesai hantar anak test electon, lepak jap kat AEON Tebrau sambil "window shopping" je... Dalam kul 4 aku ada temujanji dengan pengusaha tebu berjaya di Gelang Patah.
Wah.. teruja rasa bila dapat lihat sendiri ladang tebu yang luas dengan tebu yang gemuks tu... sangat teruja.
Sesi pertemuan dengan beliau membuatkan kitorang lebih bersemangat untuk meneruskan tanaman. Yang pasti, soal pemasaran tebu tidak perlu dirisaukan kerana permintaan terhadap tebu sentiasa diperlukan.
Menurutnya, tebu selalu terputus bekalan, dan memang sangat mengalu-alukan kehadiran penanam baru seperti aku join skali... Menurutnya, stok tebu akan mengalami kekurangan bekalan bila tiba sebulan sebelum puasa dan selepas hari raya. Kan peluang namanya...rugi kalau dah nampak itu adalah peluang tapi kita lepaskan begitu sahaja... Now...
Step pertama aku kena uruskan terlebih dahulu adalah proses pembersihan dan penyediaan tapak... Tengah tunggu turn kobe je ni... masalah settle bila kobe dah masuk kawasan... hmmm.... kobe...kobe...sebulan dah aku tunggu ni.....
Friday, 15 November 2013
Anggaran Kasar Hasil Tanaman Tebu
Hari tu aku ada post pasal serai dan kali ni turn tebu pulak..
Orang macam aku ni memang kena rajin buat kira-kira macam ni sebelum nak mula projek.
Yelah kan, sure nak tahu berapa modal yang diperlukan, betul tak...
Jom teliti...
Aku copy paste entry serai tu hari.. edit mana yang perlu je. Tapi entry kali ni takla
sedetail serai eik..
Seekar tanah = 43560 kaki persegi
B. Katakan aku ambil jarak tanaman 3" x 8", kita akan dapat 1815 rumpun ( 43560 / 24 )
C. So, benih yang diperlukan kalau kita tanam 2 batang dalam satu rumpun..1815 x 2 = 3630 benih
Anggaran Pendapatan Kasar
Pendapatan kasar seekar kalau kita kira serumpun boleh dapat dalam 6 ke 10 batang
Katakan 1 batang = RM 1.50
So, kita akan dapat lebih kurang RM 16335 seekar (1815 rumpun x 6 btg x RM 1.50)
So, kita akan dapat lebih kurang RM 16335 seekar (1815 rumpun x 6 btg x RM 1.50)
**** Nampak lumayan kannn, tapi INGAT... ini hanyalah anggaran pengiraan dan mungkin 100%
bagi yang langsung tiada masalah pada tanaman... tapi mana mungkin langsung takde masalah kan...
dannnn.... Kalau nak kira untung tu bolehlah cuba-cuba buat kira2 sendiri yer...
Thursday, 14 November 2013
Panduan Menanam Tebu
TANAMAN TEBU KUNING
Deskripsi Tanaman
Sejenis tanaman yang ditanam untuk mendapatkan airnya sebagai minuman dan untuk dibuat gula. Batang tebu berbentuk selindar memanjang 1.8 - 3.0 m dan mempunyai ruas berukuran 5-10 cm. Setiap ruas terdapat matatunas. Daun tebu berbentuk tirus memanjang, berbulu halus pada kedua belah permukaan. Tebu ditanam sebagai tanaman tunggal atau selingan.
Iklim dan Tanah
Tebu kuning adalah sensitif kepada jenis tanah, kemarau dan foto period. Ia memerlukan cahaya matahari yang banyak dan hujan sebanyak 1500 mm. Dengan adanya kemarau atau desakan yang lain, pokok tebu akan terbantut. Tanah yang rata (0o-6o) serta mempunyai saliran yang baik adalah diperlukan untuk menjamin pertumbuhan yang sempurna. Daerah Manjung, Larut Matang dan Selama serta Kerian adalah sesuai bagi tanaman tebu.
Penyediaan Tanah
Dua pusingan bajak piring sedalam 20 cm diikuti dengan satu pusingan bajak putar akan menentukan pertumbuhan pokok yang baik. Alur bagi penanaman keratan tebu juga perlu disediakan.
Menanam
Tebu dibiak dari keratan yang sihat berumur 7-9 bulan. Ukuran keratan 20 cm dan mempunyai 3 matatunas, keratan tidak boleh disimpan melebihi 3 hari. Keperluan bahan tanaman ialah 2800 batang (berukuran 1.5m) atau 17000 keratan sehektar. Keratan tebu perlu dirawat sebelum menanam dengan mencelupkan keratan ke dalam campuran Dielrin dan Benomyl. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 2m antara baris dan 0.3 m antara pokok dalam sebaris. Keratan-keratan tebu ditanam di dalam alur yang telah disediakan.
Pembajaan
Baja yang disyorkan adalah seperti berikut:-
Bilangan / Berat Biji Benih Diperlukan
Jenis Baja
|
Masa
|
Amaun / Hektar
|
NPK 15:15:15
NPK 15:15:15 Urea NPK 15:15:15 |
Semasa menanam
Umur 3 bulan Umur 3 bulan Umur 5 bulan |
250 kg
250 kg 125 kg 300 kg |
Jumlah Keseluruhan
|
Urea
NPK 15:15:15 |
125 kg
800 kg |
Tebu akan mengeluarkan hasil sebanyak 3 kali. Bagi kali kedua dan ketiga, baja NPK 15:15:15 sebanyak 800 kg dan urea sebanyak 125 kg. digunakan.
Kawalan Rumpai
Rumpai perlu dikawal sehingga pokok tebu berumur 6 bulan. Racun pracambah, Atrazine pada kadar 4 liter / hektar digunakan sebaik sahaja keratan tebu ditanam. Rumpai yang tumbuh kemudiannya boleh dikawal dengan paraquat ataupun secara manual.
Penyelenggaraan Rumpun
Pangkal pokok perlu ditimbus dengan tanah semasa pokok berumur 3-5 bulan. Sekiranya pokok itu rebah, kayu penyokong perlu dipasang. Daun-daun kering dibuang apabila berumur 5 bulan.
Kawalan Serangga / Penyakit
· Pengorek Batang
Sembur racun Endosulfan (Thiodan). Bakar batang-batang tebu yang telah diserang.
Sembur racun Endosulfan (Thiodan). Bakar batang-batang tebu yang telah diserang.
· Bulir Hitam
Rendam benih tebu dalam air panas 50o bercampur racun Benomyl (Benlate) selama 2 jam. Musnahkan pokok-pokok berpenyakit.
Rendam benih tebu dalam air panas 50o bercampur racun Benomyl (Benlate) selama 2 jam. Musnahkan pokok-pokok berpenyakit.
Memungut Hasil
Tebu dipungut hasilnya antara 8-9 bulan selepas menanam dan sebanyak 3 kali dalam masa 2 tahun. Hasil yang dijangka ialah 30,000 batang pada kali pertama dan 25,000 batang pada kali kedua dan 20,000 batang pada kali ketiga.
Dipetik dari : Portal Rasmi Jabatan Pertanian Negeri Perak
Wednesday, 13 November 2013
SERAI ke TEBU ? ? ? ?
Biasalah...bila nak mulakan sesuatu yang melibatkan duit ni, banyak benda yang perlu kita fikirkan. Modal satu hal... risiko dari segi ancaman binatang pun haruskan difikirkan jalan penyelesaiannya. Dan yang paling penting bagi aku adalah soal pemasaran. Kita nak tanam apa pun aku rasa tak jadi masalah, tapi kena pastikan ke manakah hasil tanaman tu nak dipasarkan. Ini part mesti beri perhatian lebih sikit. Susah jugak nanti dah penat tanam sampai berhabis puluhan ribu..at last bakar macam tu je. Macam aku sekarang ni, mulanya berniat nak tanam serai... memang sangat excited nak tanam serai. Banyak dah carian maklumat berkenaan tanaman serai ni yang aku dah dapat dan masuk soal pemasaran, aku cuba call FAMA Johor dan oleh sebab aku ni memang tiada pengalaman langsung soal tanam menanam ni... pegawai yang berkenaan jelaskan pro n kon tanam serai ni dan beliau menjelaskan yang serai ni memang menguntungkan cuma susah sikit untuk mencari pasaran dan pegawai tersebut beri cadangan untuk aku yang baru nak berjinak-jinak dengan tanah ni untuk cuba tanam tebu kerana tebu boleh di kutip hasilnya bermula bulan ke 7... so, kira2 time bulan puasa tu... hmmm.... good idea, memang best dan nampak lumanyan. Bila memikirkan soal di mana aku nak pasarkan serai ni selepas 6 bulan, terus ting tong sekejap dan mula memikirkan tanaman alternatif yang dicadangkan itu. Akhirnya, aku buat keputusan untuk menanam tebu je lah..
Kepada yang berminat tanam serai tu teruskan jika anda tahu kemana serai anda harus dipasarkan. Serius... pada pendapat akulah... serai ni memang menguntungkan juga tambah lagi serai ni tak banyak kerenahnya. Pendek kata senang nak jaga. Konsep tanam serai ni mudah je...
"Tanam" , " Tinggal" , " Tuai". Untuk aku yang buat secara sambilan memang sesuai la kan... dah tanam pastu tinggal... Lagi satu, binatang pun kurang suka dengan serai ni, so kurang ancaman la pendek kata. Mungkin terkecuali bagi binatang yang bernama "b*** kan... Ha ha haaa...itu dah memang perangai semulajadinya, tak boleh buat apa da...jgn marah2...
Meh sini aku tolong buatkan anggaran kasar modal yang diperlukan untuk seekar tanaman serai beserta untung bersihnya sekali yer....
Seekar tanah = 43560 kaki persegi
A. Jarak tanaman = 2" x 3" @ 3" x 4"
B. Katakan aku ambil jarak tanaman 3" x 4", kita akan dapat 3630 rumpun (43560 / 12)
C. So, benih yang diperlukan kalau kita cucuk 2 batang dalam satu rumpun..3630 x 2 = 7260 benih
Anggaran Perbelanjaan semusim
1. Benih serai = 7260 x 0.06 sen
= RM 435.60
2. Baja Urea N46 = 8 beg x RM 70
= RM 560
3. Racun Basta = 4liter x 3 x RM 130
= RM 390
4. Upah tanam = RM 200
5. Upah Meracun = 3 kali x RM 60
= RM 180
6. Upah Menbaja = 3 kali x RM 30
= RM 90
7. Upah Menyiram = 7 hari x RM 30
= RM 210
8. Upah Harvest = RM 25 x 50 orang
= RM 1250
TOTAL = RM 3315.60
Pendapatan seekar kalau kita kira serumpun 2 kg dan 1kg = RM2
So, kita akan dapat lebih kurang RM 14520 (3630 rumpun x 2 kg x RM 2)
Anggaran Pendapatan bersih semusim
RM 14520 - RM 3315.60 = RM 11204.60
Wow... banyak tu bersih lebih kurang RM 11200... tu selepas 6 bulan. Bermaksud sebulan boleh dapat lebih kurang RM 1800...
InsyaAllah kalau dapat diusahakan dengan baik, akan mendatangkan hasil yang baik juga. Harap ni bolehlah sedikit sebanyak dijadikan panduan yer..
Next post pasal tebu pulak... InsyaAllah

Tuesday, 12 November 2013
Salam Perkenalan...
Assalamualaikum semua...
Tahun baru 1435H ini aku berimpian untuk berbakti kepada tanah pulak. Aku cadang nak tanam serai.. tp bila difikirkan tentang pasaran serai ni susah sikit, mungkin aku akan teruskan dengan tanaman tebu je.. InsyaAllah... projek ni akan jalan awal Disember 2013. Sekarang baru nak deal kobe untuk tujuan pembersihan tapak. Doakan projek ni berjalan lancar dan semoga impian aku untuk berbakti kepada tanah ini berjaya ye.... Di harap kawan-kawan petani yang lain sudilah berkongsi idea... pendapat sebagai panduan untuk aku ni yang baru nak berjinak-jinak berkebun juga sebagai panduan kepada yang lain juga...
Subscribe to:
Posts (Atom)