Monday, 14 April 2014

Proses sedia Tanah..


Ni keadaan tanah sebelum disodok...

Ha.. Aku guna mentadak ni tuk bersihkan tanah.. Fuh.. Utk tanah 5 Ekar, RM6000 dia mkn.. 

99% siap... 

Nk senangkan kerja mengangkut nnti.. Aku pasang kalbat siap2..

Proses membakar kayu kering..

Inilah keadaan tanah yg hampir2 bersih sebelum proses memelau.. Alhamdulillah



Wednesday, 27 November 2013

Kalkulator Pertukaran Unit...+++

Sekarang ni dah mudah... semua di hujung jari. Kalau sesiapa yang ada yang terkira nak tukarkan dari satu unit ke unit lain, senang je.... klik je link yang kat bawah nie yer...

KALKULATOR TUKARAN UNIT : http://www.ptgwp.gov.my/pg_kalkulator.htm

Monday, 25 November 2013

Manis nyer rasa tebu ni.... RAHSIANYA?

Ada yang berpendapat, untuk dapatkan rasa tebu yang manis dan berkualiti, sebenarnya ada petuanya....

PETUA 1
Tanaman harus menerima cahaya matahari secukupnya. Pastikan terlebih dahulu barisan tebu yang nak ditanam tu menghadap matahari naik dan menerima cahaya matahari secukupnya waktu petang. Tebu yang menerima cahaya matahari yang secukupnya batangnya akan bewarna kekuningan dan inilah tebu yang mempunyai rasa yang manis...

PETUA 2
Jarak antara tanaman pun mainkan peranan. Jarak yang disyorkan adalah 10 kaki antara lorong.
Luas tanah seekar adalah 43560.... andai kata jarak antara tanaman 2 kaki dan jarak antara lorong 10 kaki, bermaksud kita perlukan 2178 pokok dan begitulah seterusnya jika jarak yang berlainan diambil

Monday, 18 November 2013

Perjalanan Diteruskan...

         

           Hari aku mulakan perjalanan ke Benut, Pontian untuk bertemu salah seorang pengusaha tebu berjaya. Dengan pengalaman yang beliau ada, beliau memberikan pendapat beliau sendiri mengenai proses menanam tebu.

            Kebiasaannya, kita menanam tebu dengan membuat lorong atau longkang sedalam sekaki setengah. Tapi menurutnya, berdasarkan pengalaman beliau, adalah lebih baik jika untuk menanam tebu ini kita membuat lubang sedalam sekaki setengah dengan jarak lebih kurang dua kaki. Ini bertujuan untuk mempastikan tebu yang ditanam berdiri teguh dan tidak tumbang di kemudian hari. 

            Bila diperhatikan, dengan membuat lubang, pertumbuhan tebu itu lebih kemas jika dibandingkan dengan menanam dalam satu alur lubang panjang.

**** sorry sb aku tak dapat nak tunjukkan gambar, sb tah ape sb tak blh nak upload gambar..

### semakin membakar semangatku.... hahaha...

Pertemuan Empat Mata

           

            Lepas selesai hantar anak test electon, lepak jap kat AEON Tebrau sambil "window shopping" je... Dalam kul 4 aku ada temujanji dengan pengusaha tebu berjaya di Gelang Patah.

            Wah.. teruja rasa bila dapat lihat sendiri ladang tebu yang luas dengan tebu yang gemuks tu... sangat teruja.

            Sesi pertemuan dengan beliau membuatkan kitorang lebih bersemangat untuk meneruskan tanaman. Yang pasti, soal pemasaran tebu tidak perlu dirisaukan kerana permintaan terhadap tebu sentiasa diperlukan.

            Menurutnya, tebu selalu terputus bekalan, dan memang sangat mengalu-alukan kehadiran penanam baru seperti aku join skali... Menurutnya, stok tebu akan mengalami kekurangan bekalan bila tiba sebulan sebelum puasa dan selepas hari raya. Kan peluang namanya...rugi kalau dah nampak itu adalah peluang tapi kita lepaskan begitu sahaja... Now...

            Step pertama aku kena uruskan terlebih dahulu adalah proses pembersihan dan penyediaan  tapak... Tengah tunggu turn kobe je ni... masalah settle bila kobe dah masuk kawasan... hmmm.... kobe...kobe...sebulan dah aku tunggu ni.....

Friday, 15 November 2013

Anggaran Kasar Hasil Tanaman Tebu

              

Hari tu aku ada post pasal serai dan kali ni turn tebu pulak.. 

          Orang macam aku ni memang kena rajin buat kira-kira macam ni sebelum nak mula projek. 
                          Yelah kan, sure nak tahu berapa modal yang diperlukan, betul tak... 

Jom teliti... 

                  Aku copy paste entry serai tu hari.. edit mana yang perlu je. Tapi entry kali ni takla 
                                                    sedetail serai eik.. 


Seekar tanah = 43560 kaki persegi




A. Jarak tanaman = 3" x 8" ( ada mcm2 jarak - pilih je mana sesuai )

B. Katakan aku ambil jarak tanaman 3" x 8", kita akan dapat 1815 rumpun ( 43560 / 24 )

C. So, benih yang diperlukan kalau kita tanam 2 batang dalam satu rumpun..1815 x 2 = 3630 benih



Anggaran Pendapatan Kasar
Pendapatan kasar seekar kalau kita kira serumpun boleh dapat dalam 6 ke 10 batang

Katakan 1 batang = RM 1.50

So, kita akan dapat lebih kurang RM 16335 seekar (1815 rumpun x 6 btg x RM 1.50)



**** Nampak lumayan kannn, tapi INGAT... ini hanyalah anggaran pengiraan dan mungkin 100% 
bagi yang langsung tiada masalah pada tanaman... tapi mana mungkin langsung takde masalah kan...  
dannnn.... Kalau nak kira untung tu bolehlah cuba-cuba buat kira2 sendiri yer... 

Thursday, 14 November 2013

Panduan Menanam Tebu


TANAMAN TEBU KUNING

Deskripsi Tanaman
Sejenis tanaman yang ditanam untuk mendapatkan airnya sebagai minuman dan untuk dibuat gula.  Batang tebu berbentuk selindar memanjang 1.8 - 3.0 m dan mempunyai ruas berukuran 5-10 cm.  Setiap ruas terdapat matatunas.  Daun tebu berbentuk tirus memanjang, berbulu halus pada kedua belah permukaan.  Tebu ditanam sebagai tanaman tunggal atau selingan.
Iklim dan Tanah

Tebu kuning adalah sensitif kepada jenis tanah, kemarau dan foto period.  Ia memerlukan cahaya matahari yang banyak dan hujan sebanyak 1500 mm.  Dengan adanya kemarau atau desakan yang lain, pokok tebu akan terbantut.  Tanah yang rata (0o-6o) serta mempunyai saliran yang baik adalah diperlukan untuk menjamin pertumbuhan yang sempurna.  Daerah Manjung, Larut Matang dan Selama serta Kerian adalah sesuai bagi tanaman tebu.

Penyediaan Tanah

Dua pusingan bajak piring sedalam 20 cm diikuti dengan satu pusingan bajak putar akan menentukan pertumbuhan pokok yang baik.  Alur bagi penanaman keratan tebu juga perlu disediakan.

Menanam

Tebu dibiak dari keratan yang sihat berumur 7-9 bulan.  Ukuran keratan 20 cm dan mempunyai 3 matatunas, keratan tidak boleh disimpan melebihi 3 hari.  Keperluan bahan tanaman ialah 2800 batang (berukuran 1.5m) atau 17000 keratan sehektar.  Keratan tebu perlu dirawat sebelum menanam dengan mencelupkan keratan ke dalam campuran Dielrin dan Benomyl.  Jarak tanaman yang disyorkan ialah 2m antara baris dan 0.3 m antara pokok dalam sebaris.  Keratan-keratan tebu ditanam di dalam alur yang telah disediakan.

Pembajaan

Baja yang disyorkan adalah seperti berikut:-


Bilangan / Berat Biji Benih Diperlukan
Jenis Baja
Masa
Amaun / Hektar
NPK 15:15:15
NPK 15:15:15
Urea
NPK 15:15:15
Semasa menanam
Umur 3 bulan
Umur 3 bulan
Umur 5 bulan
250 kg
250 kg
125 kg
300 kg
Jumlah Keseluruhan
Urea
NPK 15:15:15
125 kg
800 kg

Tebu akan mengeluarkan hasil sebanyak 3 kali.  Bagi kali kedua dan ketiga, baja NPK 15:15:15 sebanyak 800 kg dan urea sebanyak 125 kg. digunakan.
Kawalan Rumpai
Rumpai perlu dikawal sehingga pokok tebu berumur 6 bulan.  Racun pracambah, Atrazine pada kadar 4 liter / hektar digunakan sebaik sahaja keratan tebu ditanam.  Rumpai yang tumbuh kemudiannya boleh dikawal dengan paraquat ataupun secara manual.
Penyelenggaraan Rumpun
Pangkal pokok perlu ditimbus dengan tanah semasa pokok berumur 3-5 bulan.  Sekiranya pokok itu rebah, kayu penyokong perlu dipasang.  Daun-daun kering dibuang apabila berumur 5 bulan.
Kawalan Serangga / Penyakit
·         Pengorek Batang 
Sembur racun Endosulfan (Thiodan).  Bakar batang-batang tebu yang telah diserang.
 
·         Bulir Hitam
Rendam benih tebu dalam air panas 50
o bercampur racun Benomyl (Benlate) selama 2 jam.  Musnahkan pokok-pokok berpenyakit.
 
Memungut Hasil
Tebu dipungut hasilnya antara 8-9 bulan selepas menanam dan sebanyak 3 kali dalam masa 2 tahun.  Hasil yang dijangka ialah 30,000 batang pada kali pertama dan 25,000 batang pada kali kedua dan 20,000 batang pada kali ketiga.